Sunday, August 3, 2008

Pilihan Jurnal berkaitan "Positioning"
Jurnal 2: International differences in product perception: a product map analysis.
Penulis: David B. Mackay dan Robert F.Easley.
Diambil daripada: http://www.emeraldinsight.com/


Pengenalan
Jurnal ini mengkaji tentang kedudukan sesuatu produk berdasarkan peta produk (product map) bagi permintaan pengguna. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengkaji dua buah negara iaitu Jepun dan Amerika Syarikat terhadap permintaan produk seperti kamera, topi, sarung tangan dan sebagainya bagi mendapatkan kedudukan ideal produk tersebut dalam peta produk. Kajian ini juga dilakukan untuk melihat kedudukan sesuatu produk dalam bahagian penting pengurusan pemasaran serta menganalisis strategi pasaran. Kajian ini menganalisa data mengenai bagaimana seseorang itu melihat kedudukan sesuatu produk baru di pasaran bagi mempelengkapkan tanggapan tentang bagaimana sesebuah syarikat produk tersebut diletakkan secara strategik. Persepsi terhadap sesuatu produk amat penting bagi mentakrifkannya dalam pasaran dan perbezaan pendapat pengguna bagaimana pengguna dari dua atau lebih negara melihat produk tersebut dalam pasaran. Selain itu, terdapat juga perbezaan dikalangan pengguna dalam setiap negara yang berlainan. Pandangan setiap negara juga berbeza dari segi budaya dan memerlukan perubahan variasi di dalam setiap negara tersebut. Setiap pandangan variasi bergantung kepada langkah yang ringkas serta mempunyai banyak fakta menarik dalam data bagi mendapatkan pandangan kepada produk. Satu cara tradisional dalam merumuskan persepsi terhadap produk dengan menggunakan kaedah peta produk bagi mengetahui kedudukan sesuatu produk di pasaran. Menurut Elrod,(1991) peta produk digunakan untuk menggambarkan grafik yang saling berhubungan antara satu peringkat produk dan jenama bagi melihat kedudukan produk berdasarkan kesukaan pengguna-pengguna terhadap barang. Penggunaan peta produk dapat mencerminkan sifat-sifat atau faedah yang menjadi keutamaan.

Differences in product perception. (Pandangan terhadap produk yang berbeza).
Kesukaan terhadap sesuatu produk bergantung kepada jenis model yang digunakan untuk membentuk peta produk. Menurut Green et.al. (1989), dengan model-model yang ada, setiap satu point digunakan untuk mewakili satu ideal dan permintaan terhadap satu produk adalah jarak antara titik-titik produk dengan titik-titik ideal. Keutamaan sesuatu produk diwakili oleh satu titik ke dalam satu garisan. Dalam kajian antarabangsa, satu segmen pasaran atau seluruh negara atau kumpulan negara terlibat dalam pemilihan sesuatu produk. Peta produk ini juga melihat perbezaan yang ketara yang mungkin di antara segmen-segmen mengakibatkan penolakan tentang andaian ruang yang biasa. Setiap ruang dalam peta produk merujuk kepada segmen-segmen yang mungkin mempunyai kesukaan terhadap produk lain atau ciri-ciri produk yang diketahui. Perbezaan kesukaan terhadap sesuatu produk mengakibatkan kedudukan titik-titik produk dalam peta berubah-ubah.

Probability and geometry (Kebarangkalian dan geometri)
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengkaji dua buah negara iaitu Jepun dan Amerika Syarikat bagi peringkat produk-produk untuk hadiah hari jadi. Model-model titik dalam peta merupakan model geometri. Keupayaan yang digunakan dalam konsep geometri mewakili kedua-dua konsep psikologikal dan ekonomi. Jarak antara titik-titik yang terdapat dalam peta produk juga mewakili perbezaan produk. Kedudukan sesuatu produk berbeza berdasarkan titik-titik yang terdapat dalam peta dimana terdapat produk yang berada di kedudukan paling ideal. Daripada satu dimensi ke satu dimensi,variasi pengedaran menunjukkan kebolehubahan tanggapan. Selain itu, sebagai pembungkusan yang baik, selalunya berdasarkan variasi yang rendah serta sifat-sifat seperti "harga" dan variasi tinggi seperti "kepuasan". Harga juga memainkan peranan penting agar berpatutan serta memberi kepuasan yang maksimum. Titik-titik dalam peta produk adalah berketentuan dan bukan kebarangkalian. Sebagai contoh, pengisian satu produk yang sebenar dan satu produk yang ideal adalah sama. Hal ini bermakna bahawa tanggapan purata sebenar produk sama dengan produk yang ideal. Jarak antara kedudukan produk-produk sebenar dengan produk ideal berada pada kedudukan tersendiri di mana akan menjadi positif. Model berketentuan tidak boleh menentukan sama ada jarak satu produk dalam peta adalah disebabkan oleh perbezaan dalam persepsi makna dan variasi atau kedua-duanya. Perubahan kebolehubahan tanggapan sering menyebabkan berlakunya komunikasi.

Loss of common space. (Ruang sempit)
Dalam kajian, andaian terhadap ruang biasa dalam model-model titik yang ideal adalah lebih penting. Dalam bentuk paling mudah, andaian ini memerlukan semua segmen-segmen pasaran yang diterima di pasaran dalam satu dimensi. Anggaran terhadap pasaran perlu dilakukan bagi melihat kedudukan sesuatu produk serta ruang kedudukan produk tersebut.

A probabilistic model solution.(Penyelesaian model kebarangkalian).
Terdapat satu model yang telah dicadangkan bagi mengatasi kesukaran yang diwujudkan oleh kedua-dua penentuan dan andaian-andaian terhadap ruang yang ada dalam peta produk tersebut. Menurut Mackay dan Zinnes, (1995);MacKay et.al.( 1995) kebarangkalian yang dilakukan mewakili produk-produk sebenar dan ideal oleh multinormal dalam pengagihan multidimensi penjarakan. Data terhadap model menjadi nisbah keutamaan yang dipertimbangkan di mana nisbah merupakan pertimbangan terhadap produk-produk yang disukai oleh mereka. Dalam kajian antarabangsa, satu titik ideal menerangkan kepada pengurusan berapa banyak produk yang boleh menjadi ideal. Negara-negara yang mempunyai budaya homogenous lebih kecil bertelingkahan dari negara-negara yang mempunyai budaya heterogen.

Comparing the Japanese and US gift market.(Perbandingan pasaran Jepun dan AS terhadap hadiah)
Kajian dilakukan bagi melihat model cadangan pasaran terhadap permintaan hadiah hari lahir untuk golongan lelaki yang muda. Pasaran terhadap hadiah ini menjadi satu masalah dalam menentukan kedudukan sesuatu titik produk. Menurut Johson (1984), telah mencadangkan bahawa sifat-sifat produk menjadi lebih abstrak. Manakala menurut Johson dan Fornell (1987) menyatakan kesesuaian dimensi yang berterusan digunakan untuk mewakili struktur pasaran yang digunakan antara Jepun dan Amerika Syarikat. Segmen-segmen digunakan antara Jepun dan Amerika Syarikat yang mempunyai pasaran produk bagi hadiah hari lahir untuk golongan lelaki muda di bawah 30. Daripada satu sampel di Tokyo, 46 perkara adalah terpilih daripada sampel di India. Satu Windows -based beraplikasi penulisan Visual Basic digunakan untuk mempamerkan dan mengutip maklumat. Proses pengumpulan data diambil daripada 25-30 minit dalam setiap perkara. Pertama, setiap subjek digunakan dari 5 hingga 10 minit serta soalan-soalan latihan direka bagi memperkenalkan operasi antara komputer dengan soalan yang ditanya. Jika jawapan tidak betul diterima, soalan akan diulangi lagi. Selepas itu, soalan-soalan akan bergerak menjadi abstrak serta mewujudkan nisbah dari pelbagai bentuk. Setelah itu, latihan ditentukan dari satu siri ke satu siri dalam soalan. Nisbah akan dimasukkan dengan mengklik tetikus secara langsung terhadap imej utama. Nisbah ditunjukkan dalam bentuk angka dan grafik. Selepas soalan-soalan latihan telah siap, tukar-menukar hadiah telah diperkenalkan dan rangsangan hadiah dibentangkan dalam pasaran secara tertib. Analisis dijalankan adalah di tempat yang berbeza. Dalam journal terdapat rajah yang menunjukkan kedudukan produk-produk untuk hadiah hari lahir di negara Jepun dan Amerika. Terdapat titik-titik di setiap rajah bagi menunjukan kedudukan produk-produk tersebut. Jarak produk untuk setiap titik ideal adalah lebih kurang sama dan struktur keutamaan juga sama di kedua-dua negara. Hadiah di sebelah kanan merupakan hadiah yang memberi keutamaan untuk lelaki manakala kiri untuk salah satu jantina. Konfigurasi Amerika Syarikat adalah berbeza daripada konfigurasi negara Jepun. Dimensi konfigurasi Amerika Syarikat agak berbeza daripada orang Jepun. Lebih ketara mungkin perbezaan lokasi di antara orang Jepun dan konfigurasi Amerika.

Kesimpulan
Kajian dalam jurnal ini melihat perbezaan di antara permintaan bagi hadiah hari lahir bagi negara Jepun dan Amerika Syarikat. Peristiwa-peristiwa gift giving adalah lebih kerap di Jepun dan Amerika Syarikat. Jepun mengkhususkan kepada kedai untuk hadiah kumpulan daripada Amerika Syarikat serta mereka semakin yakin dalam pemilihan hadiah dan membeli daripada orang Amerika. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan kedudukan sesuatu produk berdasarkan titik-titik yang terdapat di dalam peta produk bagi mendapat kedudukan yang ideal. Pemilihan terhadap sesuatu produk juga berdasarkan kepada keperluan dan kesukaan pengguna.

No comments: