Wednesday, July 23, 2008

Analysis And Decision Making In Advertising

Pilihan jurnal berkaitan "Target Market"
Journal 1: Analysis of the healthy lifestyle consumer
Penulis: Richad L. Divine and Lawrence Lepisto.
Diambil dari: www.emeraldinsight.com/researchregister
-www.emeraldinsight.com/0736-3761.htm

Terdapat tiga perkara yang dibingcangkan iaitu berkaitan:
i) Demographic antecedents
ii) Value antecedents
iii) Psychological antecedents

Pengenalan jurnal.

Jurnal ini membingcangkan tentang analisis cara hidup yang sihat pengguna. Pengguna mempunyai kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dalam mengamalkan cara hidup yang sihat. Menurut kajian yang telah dijalankan, dianggarkan pada tahun 2003, pasaran untuk produk-produk kesihatan di USA telah menjangkau lebih 440 bilion USD. Hal ini dapat di lihat bahawa permintaan terhadap produk kesihatan mendapat sambutan daripada pengguna. Angka ini mewakili pertumbuhan produk negara iaitu 4.2 peratus. Menurut Howell,(2004) menyatakan bahawa peningkatan kesedaran terhadap kesihatan dan penjagaan menjadi faktor terhadap penggunaan produk kesihatan secara meluas.Permintaan terhadap produk kesihatan juga amat memberangsangkan daripada pengguna. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya faedah-faedah yang akan diperolehi daripada penggunaan produk kesihatan ini. Dengan mengambil kira pasaran setempat, kebanyakkan pengguna memilih untuk menggunakan produk kesihatan sebagai langkah untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Sabagai langkah mengekalkan cara hidup sihat pengguna menjadi lebih peka terhadap penggunaan produk kesihatan yang dikeluarkan oleh industri produk berkaitan dengan kesihatan.

The Healthy lifestyle segment
Menurut Bloch ( 1948) mendefinisikan gaya hidup sihat merupakan salah satu langkah untuk mengatasi masalah kesihatan serta memaksimumkan kesejahteraan hidup seharian. Kajian ini juga turut dijalankan oleh " Center for Disease Control" berkenaan tentang senaman/ latihan dan nutrition. Berdasarkan statistik yang dijalankan terdapat dua kesimpulan telah dibuat oleh pengkaji. Pertama ialah peratusan pengguna yang betul-betul menjaga kesihatan mereka tetapi tidak mempunyai kelompok yang besar dan hanya terdapat sebilangan kecil sahaja. Kedua menunjukkan bahawa ramai individu yang sedar betapa pentingnya penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian. Walaubagaimanapun,ada sesetengah daripada mereka tidak mengamalkan cara hidup yang produktif untuk manjadikannya sebagai amalan seharian. Menurut kajian yang dilakukan oleh Behavioral Risk Factor Surveillance System (BRFSS) juga mendapati 71.8 % populasi yang mengamalkan pemakanan yang mengandungi nilai kalori yang rendah dan kurang lemak untuk mengekalkan berat badan mereka. Selain itu dalam kajian ini juga mendapati 59.2% kanak-kanak di USA mengalami masalah berat badan yang berlebihan dan hanya 14% sahaja yang kehilangan berat badan dengan mengamalkan program diet ( Howell,2004). Oleh itu, BRFSS mencadangkan agar kesan ke atas permintaan pasaran terhadap produk kesihatan perlu dipandang dalam perspektif yang lebih luas oleh semua masyarakat termasuk mengamalkan pemakanan yang betul serta senaman yang bersesuaian.Dalam kajian ini saya mendapati bahawa kesedaran pengguna tentang kepentingan penjagaa kesihatan telah meningkatkan permintaan terhadap produk kesihatan disamping dapat mengembangkan lagi industri produk kesihatan.

The Impact of healthy lifestyles on the marketplace ( Kesan gaya hidup sihat terhadap pasaran)
Permintaan terhadap produk kesihatan memberi kesan yang besar kepada industri pengeluaran makanan serta pembuatan air botol. Menurut O'Leary,(2005) dalam industri pemakanan terdapat lima daripada tujuh kategori makanan hasil daripada perkembanganya pada tahun 2003 dan 2004. Selain itu kajian yang dilakukan oleh McArthur,(2005) mendapati bahawa daripada anggaran yang dijalankan, Amerika Syarikat mengamalkan meminum 22.6 gallons air botol dalam setiap tahun dan antara tahun 2002 serta 2004 terdapat328 keluaran baru untuk produk air botol diperkenalkan di pasaran. Permintaan terhadap produk kesihatan makanan ringan juga sangat menggalakkan seperti Pepsico yang mempunyai 50 % di dalam pasaran berbanding produk makanan baru yang lain ( Howell,2004). Apa yang dapat disimpulkan dalam kesan gaya hidup sihat ini terhadap pasaran adalah permintaan pengguna terhadap produk kesihatan meningkatkan lagi pengeluaran industri pengeluaran makanan serta pembuatan air botol. Selain itu, permintaan terhadap produk makanan lain juga mendapat sambutan pengguna dalam meningkatkan industri produk-produk berkaitan dengan pemakanan seperti nutritional supplement industry.

Hypotheses (Hipotesis)
Di dalam hipotesis ini terdapat tiga aspek utama yang dibingcangkan iaitu demografi, nilai dan psikologi. Melalui journal ini, pengkaji juga menjalankan kajian terhadap ketiga-tiga aspek bagi melihat dengan lebih mendalam berkaitan faktor-faktor yang mempunyai hubungan dengan ketiga-tiga aspek berkenaan. .
Kajian berkaitan dengan demografi, penyelidik telah mengkaji berkaitan jantina, umur, pendapatan dan pendidikan masyarakat. Kajian juga melihat bagaimana faktor jantina dalam mengekalkan cara hidup yang sihat. Menurut kajian oleh BRFSS, perempuan lebih menyukai mengamalkan diet berbanding lelaki yang lebih gemar bersukan. Tetapi, di dalam data yang diperolehi oleh BRFSS turut memaparkan peratus peningkatan orang lelaki mengalami lebihan berat badan dalam indeks BMI. Dalam kajian lain, mendapati perempuan mengekalkan kesihatan badan dengan mengamalkan diet kesihatan berbanding lelaki yang tidak gemar mengamalkan diet (Huston and Finke,2003). Dalam kajian ini hipotesis pertama yang dapat dibuat ialah:
H1: Perempuan lebih suka mengekalkan cara hidup sihat berbanding lelaki.

Selain itu, kajian juga dilakukan terhadap faktor umur dalam mengekalkan cara hidup yang sihat. Menurut BRFSS, mengekalkan cara hidup sihat akan menjadikan pengguna akan sentiasa berasa muda. Hal ini kerana, golongan muda lebih gemar melakukan senaman untuk menghilangkan masalah berat badan. Manakala bagi golongan tua, mereka lebih gemar mengamalkan pemakanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Selain melakukan senaman, golongan muda lebih suka mengamalkan diet dalam mengekalkan berat badan yang seimbang untuk menjaga kesihatan. Terdapat juga cadangan yang menyatakan bahawa golongan tua perlu mengekalkan cara hidup yang sihat yang berpanjangan. Keluaran terbaru majalah Prevention yang telah menjalankan tinjauan terdapat 58% kanak-kanak mencuba untuk mengambil diet kesihatan berbanding hanya 38% untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur 18-37 tahun (Fetto,2003). Hipotesis yang dapat dibuat ialah:
H2: Umur memberi kesan yang positif dalam mengekalkan cara hidup yang sihat.

Faktor pendapatan juga mempengaruhi cara hidup yang sihat termasuklah kekayaan dalam kehidupan seseorang. Kajian yang dilakukan oleh BRFSS juga, menyatakan bahawa golongan berpendapatan yang tinggi lebih suka melakukan senaman dalam menjaga kestabilan berat badan mereka. Hipotesis yang dapat dibuat dalam faktor ini ialah:
H3: Pendapatan juga memberi kesan positif dalam mengekalkan cara hidup yang sihat.

Faktor pendidikan juga mempunyai hubungan dalam mengekalkan cara hidup sihat. Data yang diperolehi oleh BRFSS juga mencadangkan bahawa golongan yang mempunyai pendidikan lebih mementingkan cara hidup yang sihat. Bagi golongan berpendidikan tinggi lebih suka mengamalkan diet dan melakukan senaman mengikut masa yang bersesuaian. Menurut Nayga,(1997) menjumpai terdapat hubungan positif di antara pendidikan dengan mengamalkan pengambilan nutrisi manakala menurut Goldsmith et.al, (1995 )menyatakan terdapat hubungan yang negatif antara pendidikan dengan sikap mengamalkan pengambilan makanan ringan. Hipotesis yang dibuat bagi faktor ini ialah:
H4: Pendidikan memberi kesan positif dalam mengekalkan cara hidup sihat.

Bagi faktor nilai, Goldsmith et.al, (1995), mendefinisikanya sebagai mendalami perasaan tentang apa yang penting di dalam kehidupan. Nilai merupakan pemboleh ubah yang penting dalam memahami tingkah laku pengguna kerana pengguna akan memperolehi kepuasan terhadap penggunaan sesuatu produk serta menganggap mereka sebagai pasaran pilihan. LOV meletakkan terdapat sembilan nilai yang perlu diikuti mengikut herarki Maslow's. Antaranya ialah:
1) Suka-suka dan keseronokkan. (Fun and enjoyment)
2) Keselamatan dan kesejahteraan
3) Mewujudkan hubungan mesra dengan semua.
4) Pencapaian dan kejayaan.
5) Pencapaian hasrat diri sendiri
6) Manjaga maruah
7) Penghormatan
8) Kesoronakkan.
9) Semangat kekitaan
Bagaimana untuk mengukur harga diri bergantung kepada keadaan diri sendiri seseorang dalam kehidupan sehariannya dan bergantung kepada pilihan kehidupan dalam menentukan cara hidup. Kita mempercayai bahawa jika seseorang itu melebihkan keseronokkan tidak akan mementingkan cara hidup yang sihat kerana mereka lebih mementingkan kegiatan bersosial sahaja. Hipotesis yang dapat dibuat ialah:
H5: Kepentingan enjoy dan kegembiraan akan memberi kesan dalam mengekalkan cara hidup yang sihat.
Selain itu terdapat tujuh lagi nilai yang lain yang dipercayai akan memberi kesan positif dalam mengekalkan cara hidup yang sihat.
Kajian di dalam psikologi pula dilakukan dalam melihat pengekalan cara hidup yang sihat. Di dalam aspek demografi dan nilai mempercayai bahawa individu ini berbeza dalam sifat personaliti dan berbeza dalam cara hidup mereka. Satu hipotisis terhadap faktor (Internal) dalaman, mereka mengekalkan cara hidup yang sihat semenjak mereka merasakan bahawa kepentingan dan tanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri sendiri. Mereka juga mengamalkan diet dan senaman dalam penjagaan kesihatan yang baik. Dahulunya, kajian hanya memaparkan terhadap (Internal) dalaman sahaja berbanding (External) luaran dalam mengekalkan diet yang sihat (AbuShabha and Achterberg,1997).
H14: Dalaman merupakan satu had yang terkawal untuk mengekalkan cara hidup yang sihat.

Pengurusan masa merupakan satu faktor pemikiran yang memberi kesan dalam mengekalkan cara hidup yang sihat. Menurut Sttutts, (2002), terdapat masayarakat tidak aktif dari segi fizikal dalam mengamalkan cara hidup yang sihat. Bagi mengekalkan cara hidup yang sihat juga, pengguna boleh menggunakan masa yang ada untuk melakukan aktiviti membeli-belah atau memasak. Cara ini juga membolehkan pengamalan diet secara sihat selain pengambilan produk kesihatan. Menurut Berry(2004) dan Mothersbaugh et.al. ( 1993) siapa yang mengalami masalah tekanan masa akan memberi kesan terhadap tabiat pemakanan dan kualiti diet mereka.

Selain itu, seseorang individu juga berbeza dari segi sifat dan perangai melalui dua pemboleh ubah. Pertama ialah bagaimana seseorang itu merangcang hari-harinya dengan pelbagai aktiviti serta kedua berdasarkan orentasi masa yang menunjukkan berapa lama masa yang di ambil untuk merangcang sesuatu perkara. Hipotesis yang dapat dibuat ialah:
H15: Perancangan berdasarkan orentasi masa akan memberi kesan yang positif dalam mengekalkan cara hidup yang sihat.
Hubungan masa dengan sifat personaliti dalam penyelidikan dapat meningkatkan peranan dalam penjagaan kesihatan. Tekanan masa yang dialami seseorang juga akan menjejaskan komitmen seseorang itu dalam menitikberatkan penjagaan kesihatan diri sendiri. Selain itu, masalah stress juga perlu dilihat dalam potensi yang seterusnya. Dalam kajian yang dilakukan oleh Orsaga-Smith et.al,(2004); Atkinson,(2004) mendapati terdapat hubungan antara perasaan stess yang kritikal dan obesiti serta pengurangan nutrisi dan diabetis. Perasaan stress juga akan memberi kesan kepada terhadap tubuh badan serta ketagihan terhadap sesetengah jenis makanan yang tidak sihat seperti pengambilan gula dan garam. Hipotisis yang telah dibuat ialah:
H16: Sterss akan memberi kesan kurang baik dalam mengekalkan cara hidup yang sihat.

Measures ( Langkah-langkah)
Antara langkah-langkah yang telah dikaji berkaitan cara hidup yang sihat berdasarkan aspek-aspek demografi, nilai dan psikologi.
i) Cara hidup seseorang ditentukan terhadap respondan berdasarkan siri soalan mengenai diet dan amalan senaman yang dilakukan. Respondan juga akan menunjukkan berapa masa dalam setiap bulan mengambil makanan tertentu, minuman tertentu serta melakukan aktiviti senaman yang tertentu.
Respondan mengketegorikan tujuh kumpulan iaitu:
a) Memakan daging merah (sosej, steak dan buger)
b) Memakan daging putih ( ayam dan ikan)
c) Memakan buahan dan sayuran ( salad, brokoli, buah)
d) Minuman ringan ( Coke, pepsi dan Seven-Up).
e) Makanan ringan (Potato chips, dan corn chips).
f) Akohol (arak, wine dan tequila).
g) Aktiviti senaman ( berjogging, berenang dan senaman arobik).

ii) Mengkaji melalui demografi.
Dalam aspek demografi kajian dilakukan ke atas jantina di mana jantina dikelaskan kepada lelaki dan perempuan. Pendapatan pula diukur melalui dengan cara menanyakan soalan kepada respondan dengan menunjukan cukai keseluruhan setiap tahun bagi seseorang. Selain itu, tahap umur juga dikaji dengan mengemukakan soalan kepada respondan dengan menunjukkan berapa umur mereka semasa menyambut hari lahir. Bagi taraf pendidikan akan digunakan dengan mengemukakan soalan kepada respondan menunjukan taraf pendidikan yang diikuti oleh mereka.

iii) Mengkaji melalui nilai.
Nilai digunakan oleh Kahle's ( 1983) dalam skala LOV. Terdapat sembilan kadar yang penting seperti enjoy dan jenaka, keselamatan dan kesejahteraan, hubungan mesra dengan semua, pencapaian dan kejayaan, keyakinan diri, menjadi dihormati, mempunyai pancaindera, maruah dan keseronokan.

iv) Mengkaji melalui psikologi.
Had-had yang dikawal akan digunakan dalam lima item skala yang disahkan oleh Villani dan Wind (1975). Soalan juga akan dikemukakan kepada respondan bagi mengetahui sama ada mereka bersetuju dengan kenyatan yang di buat iaitu" I am the kind of person who plans life ahead rather than live life day to day". Menurut Reilly (1982) peningkatan akan memastikan penggunaan 13 item skala di dalam pembangunan. Manakala menurut Campbell et.al,(1976 )stress akan digunakan dalam indeks psikologi serta terdapat enam skala dan skor yang tertinggi dalam menunjukkan tahap level stress yang tinggi.

Kesimpulan
Melalui kajian ini,dapat disimpulkan bahawa bagi mengekalkan penjagaan cara hidup yang sihat pengambilan pemakanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan senaman dapat memberi kesihatan yang baik. Pengambilan minuman berakohol akan memberi kesan yang tidak baik kepada pengguna. Selain itu, kajian ini juga mengkaji dari aspek demografi, nilai dan psikologi dalam melihat pengamalan cara hidup yang sihat. Di dalam demografi di kaji dalam aspek pembolehubah seperti jantina,umur,pendapatan dan pendidikan manakala nilai pula di kaji dari aspek keselamatan, kegembiraan, hubungan yang baik dengan orang lain,maruah, keyakinan diri, pencapaian dan kejayaan dan keseronokan. Bagi kriteria psikologi pula masa yang mempunyai hubungan dengan perubahan dan had kawalan dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan. Selain daripada penggunaan produk kesihatan pengambilan makanan seimbang serta senaman juga dapat mengekalkan kesihatan badan seseorang. Menurut Prince,(2002), National Petroleum News,(2002),Levitt,(1997), menyatakan bahawa perkembangan industri untuk makanan tambahan akan memberi kejayaan kepada pengamalan diet bagi mengekalkan kesihatan badan.

Analisis Pendapat

Pada pendapat saya, journal ini hanya membingcangkan tentang tentang pengamalan cara hidup yang sihat dari aspek-aspek demografi, nilai dan psikologi sahaja. Selain itu, pengkaji juga menyatakan bahawa permintaan terhadap produk kesihatan mendapat sambutan daripada pengguna akibat kesedaran pengguna tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Pengkaji juga menerangkan tentang penjagaan kesihatan dalam mewujudkan cara hidup yang sihat dengan mengkaji responden yang mengamalkan diet yang seimbang dan senaman selain pengambilan produk kesihatan. Journal ini hanya menekankan aspek-aspek berikut sahaja tanpa membingcangkan dari aspek-aspek lain yang mungkin boleh dikaji dalam mewujudkan cara hidup yang sihat. Selain menggunakan kaedah soal selidik pengkaji juga boleh menggunakan kaedah lain yang dapat menganalisis tentang penjagaan dan pengamalan cara hidup yang sihat. Walaubagaimanapun, journal ini dapat memberitahu pembaca tentang aspek-aspek yang selalunya digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat kerana sapek-aspek ini dapat membantu dalam mendapatkan data dengan lebih tepat.